Posts

Showing posts from September, 2017

Ragam Ayat - Ayat Aktif dan Ayat Pasif

Ragam Ayat - Ayat Aktif dan Ayat Pasif RAGAM AYAT · Ayat dalam bahasa melayuboleh terdiridaripada ayat aktif dan ayatpasif. · Pembahagian ayat sedemikian adalah dengan melihat kedudukan unsur-unsur yangberkaitan dengan konstituen subjek dan predikat AYAT AKTIF Definisi · Ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang digunakan · Contoh ayat aktif ialah : AYAT SUBJEK KATA KERJA Saya menyaksikan kemalangan itu berlaku Saya Menyaksikan Dia mengelamun sepanjang hari Dia mengelamun · Ayat aktif dapat dibahagikan kepada 2 iaitu: a) Ayat Aktif Transitif ialah ayat yang mengutamakan subjek asal sebagai judul dan ayat inimengandungi kata kerja transitif yangdiikutiolehfrasa nama sebagai objek,contohnya: AYAT AKTIF TRANSITIF SUBJEK PREDIKAT KATA KERJA TRANSITF OBJEK Pekerja itu Mencuci Bangunan Air hujan Membasahi Bajunya Taufan Memusnahkan Harta benda Anak ayam Mencari ibunya · Ayat aktif yang mengandungi ka

RAGAM AYAT DAN JENIS-JENIS AYAT

RAGAM AYAT- JENIS-JENIS AYAT 1. Ayat ialah satu susunan perkataan yang terdiri daripada subjek dan predikat.2. Subjek ialah perkara yang diceritakan.3. Predikat ialah cerita berkenaan perkara itu ( subjek ).4. Ayat mengandungi makna yang lengkap. Ia diucapkan dengan intonasi atau nada yang sempurna.Contoh :subjekpredikat 1. Afendi2. Kakak3. Ibrahim4. Zulkfli5. Ayam itu gurumenyapu sampah.bermain bola sepak.Minum tehasyik berkokok. Ragam Ayat 1. Terdapat  empat  jenis ragam ayat dalam bahasa Malaysia, iaitu:                        (a) ayat penyata;                        (b) ayat tanya;                        (c) ayat perintah;                        (d) ayat seruan.2. Keterangan dan contoh ayatayat tersebut adalah seperti berikut:      (a) Ayat penyata 1. Ayat yang menceritakan sesuatu hal atau memberitahu tentang sesuatu hal.2. Ayat penyata dikenali juga sebagai Ayat Berita atau Ayat Keterangan.Ayat penyata ialah ayat yang  menyatakan  atau menerang­kan sesuatu cerita, ben

DEFINISI SINTAKSIS

DEFINISI SINTAKSIS ANI BINTI AMBO (TG6AC) NURHIDAYAH BINTI NASERAN (TG6AC) NAMA GURU: ENCIK RAMLI BIN YAHYA ================================================================= Sintaksis § Cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. § Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Ayat § Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat. § Contohnya: Ahmad sedang membuat kerja rumah § Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan bahagian (ii) membuat kerja rumah. § Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). · Lihat contoh-contoh berikut dan kaji unsur-unsur (frasa) yang mendasari a

IMBUHAN KATA NAMA (BAHASA MELAYU)

Imbuhan kata nama (bahasa Melayu) Kata nama  menerima empat jenis  imbuhan :  awalan ,  akhiran ,  apitan , dan  sisipan . Imbuhan awalan ialah imbuhan yang berada di hadapan kata akar, contohnya pe(N), me(N), ter dan sebagainya. Imbuhan akhiran terletak di akhir kata akar dan imbuhan apitan mengapit kata akar. Imbuhan sisipan pula tersisip di tengah perkataan. Awalan Sunting ke- Sunting Awalan "ke-" boleh membentuk kata bilangan himpunan, kata bilangan tingkat dan kata nama. Huruf akar akan kekal biarpun setelah digabung dengan kata imbuhan ini. Bukan semua perkataan boleh digabungkan dengan awalan "ke-". Kebanyakannya memerlukan akhiran -an untuk membentuk perkataan yang tepat. Awalan "ke-" boleh membawa maksud berikut kepada kata dasar: penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan kepada maksud kata dasar (kata nama):  kekasih ,  ketua ,  kemudi pe(n)- Sunting Imbuhan awalan "pe(n)-" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu

PROSES PERBENTUKAN KATA

PERBANDINGAN PROSES PEMBENTUKAN KATA DI ANTARA TATABAHASA DEWAN DENGAN LINGUISTIK AM. Oleh  Sakinah Othman, Norzalina Baharuddin, Rozita Hamid & Muhamad Nazri Hussin    1.0               PENGENALAN Kata baru biasanya muncul dalam dalam suatu bahasa untuk mendukung konsep atau perkara yang baru timbul dalam masyarakat pengguna bahasa itu (Nik Safiah 1989: 239). Apabila masyarakat berkembang, banyaklah konsep, benda, proses, keadaan atau kejadian baru yang memerlukan kata baru untuk mengungkapnya. Akmajian (1995; 24) turut menjelaskan bahawa kemasukan kata baru ini kerap kali berlaku apabila penutur mencipta kata baru untuk menamai objek yang tidak wujud sebelumnya yang terhasil daripada perubahan teknologi.             Kata atau istilah dapat dibentuk melalui pelbagai proses seperti pengimbuhan, penambahan, analogi, akronim, peluasan makna, penterjemahan dan peminjaman (Amat Juhari 1985). Menurut Sager (1996), pembentukan kata dapat terdiri daripada penggabungan fonem atau m

BASAHA BANGKU DALAM BAHASA MELAYU

Matlamat Sebutan Baku Bahasa Melayu Bahasa Melayu sekarang sudah berusia lebih 2000 tahun (Asmah,1999). Jika dilihat dari sudut usianya bahasa Melayu sudah boleh dikelaskan sebagai bahasa yang mantap dan kukuh. Ini boleh dilihat daripada peranannya sebagai bahasa rasmi bagi negara kita, alat komunikasi dalam urusan rasmi dan tidak rasmi. Peranan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan pula tidak perlu dipertikaikan lagi, ia merupakan bahasa ilmu dan asas kepada perpaduan negara. Keyakinan negara dalam meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu adalah kerana bahasa ini sudah ada sistemnya yang tersendiri seperti ditulis oleh Rohizah Halim dan Sharifah Fazliyaton Shaik Ismail, 2008 bahawa: ”Bahasa Melayu adalah bahasa yang mempunyai struktur dan bersistem, dengan asas yang padu dan kukuh ini, bahasa Melayu jelas sekali telah diperlengkapkan sebagai bahasa intelek dengan wibawa yang kukuh ”. Namun sebagai bahasa yang hidup  dan berkembang, bahasa Melayu khususnya bahasa Melayu baku men

TOKOH-TOKOH BAHASA MELAYU

TOKOH-TOKOH KESUSASTERAAN MELAYU Terdapat beberapa tokoh-tokoh yang terkenal dalam Kesusasteraan Melayu kerana jasa mereka menyumbangkan hasil-hasil karya. Antaranya:  1. Tun Sri Lanang 2. Hamzah Fansuri 3. Raja Ali Haji 4. Abdullah Munsyi 5. Syed Syeikh al-Hadi 6. Ahmad Rashid Talu 7. Abdul Rahim Kajai 8. Muhammad Yassin Maamur 9. Ishak Haji Muhammad 10. Keris Mas 11. Shahnon Ahmad 12. Usman Awang 13. A. Samad Said 14. Arena Wati 15. Muhammad Haji Salleh 16. Noordin Hassan 17. Abdullah Hussein 18. S. Othman Kelantan 1. Tun Sri Lanang Nama sebenarnya ialah Tun Muhammad bin Tun Ahmad. Beliau ialah Bendahara Johor semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil (1570 – 1579). Pada tahun 1613, beliau dibawa ke Acheh apabila Johor dikalahkan oleh Acheh. Di sana beliau mengajar bahasa Melayu kepada Syeikh Nuruddin al-Raniri dan menyambung penulisan bukunya,  Sejarah Melayu . Buku tersebut membolehkan kita mengetahui sejarah dan budaya bangsa kita pada hari ini.  2. Hamzah Fansu