RAGAM AYAT DAN JENIS-JENIS AYAT

RAGAM AYAT- JENIS-JENIS AYAT

1. Ayat ialah satu susunan perkataan yang terdiri daripada subjek dan predikat.2. Subjek ialah perkara yang diceritakan.3. Predikat ialah cerita berkenaan perkara itu ( subjek ).4. Ayat mengandungi makna yang lengkap. Ia diucapkan dengan intonasi atau nada yang sempurna.Contoh :subjekpredikat
1. Afendi2. Kakak3. Ibrahim4. Zulkfli5. Ayam itu
gurumenyapu sampah.bermain bola sepak.Minum tehasyik berkokok.
Ragam Ayat1. Terdapat empat jenis ragam ayat dalam bahasa Malaysia, iaitu:                        (a) ayat penyata;                        (b) ayat tanya;                        (c) ayat perintah;                        (d) ayat seruan.2. Keterangan dan contoh ayatayat tersebut adalah seperti berikut:     (a) Ayat penyata1. Ayat yang menceritakan sesuatu hal atau memberitahu tentang sesuatu hal.2. Ayat penyata dikenali juga sebagai Ayat Berita atau Ayat Keterangan.Ayat penyata ialah ayat yang menyatakan atau menerang­kan sesuatucerita, benda, kejadian, dan sebagainya.            Contohnya:                        i.  Kakak sedang menyiram bunga.                        ii. Lembu itu akan dijual.Budak-budak itu bermain di tepi longkang.            (b) Ayat tanya1. Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat, benda, manusia, binatang dan sebagainya.2. Ayat tanya terbahagi kepada dua iaitu :            a. Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.            b. Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya.Contohnyai.  Berapakah harga kasut itu?ii.  Sudahkah adik minum susu?iii. Bagaimanakah layanglayang itu dibuat?Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.1. Ayat ini menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, berapa, bila, mana, bagaimana, kenapa dan mengapa.2. Diakhiri dengan partikel -kah.Contoh : Siapakah nama bapa kamu ?Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya1. Ayat ini tidak menggunakan kata tanya.2. Ayat ini diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata.3. Dalam penulisan, lambang tanda tanya digunakan ( ? )contoh : Kamu belum hantar buku itu ?(c) Ayat perintah1. Ayat yang digunakan untuk menyuruh seseorang melakukan sesuatu.Ayat perintah ialah ayat yang menyuruh, melarang, mempersilakan, ataumeminta seseorang melakukan sesuatu.2. Ayat perintah terbahagi kepadaa. Ayat Suruhanb.Ayat Permintaanc.Ayat Larangand.Ayat SilaanContohnya:a. Ayat Suruhan1. Ayat ini bertujuan memberi arahan atau perintah.2. Partikel -lah boleh digunakan untuk tujuan melembutkan ayat.Contoh : Hantarlah buku itu sebelum pulang.            Turunlah dari sini sekarang juga.Cuci kasut kamu. (suruhan)b. Ayat Permintaan1. Ayat ini bertujuan memohon pertolongan dan permintaan.2. Ia menggunakan perkataan tolong dan minta pada permulaan ayat.Contoh : Tolong bawakan minuman ini ke dapur.            Minta hadirin semua bergerak ke ilik jamuan.Tolong jemurkan pakaian itu. (permintaan)c. Ayat Larangan1. Ayat ini bertujuan melarang melakukan sesuatu .2. Ia menggunakan kata silaan seperti usah, tak usah dan jangan.3. Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan ayat.Contoh : Jangan minum air itu.            Usahlah menangis lagi.Jangan petik bungs itu.(Iarangan)d. Ayat Silaan1. Ayat ini bertujuan mempersilakan atau menjemput seseorang.2. Ia menggunkan kata silaan seperti sila dan jemput pada permulaan ayat.3. Partikel -lah boleh digunakan.Contoh : Sila bawa sejadah bila ke surau.            Jemputlah menikmatiDatanglah ke rumah saya. (silaan)(d) Ayat seruanAyat seruan diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, hairan, dan terkejut, sakit, hairan dan sebagainya.Ayat seruan diakhiri dengan tanda seru ( ! )3. Tanda seru biasanya terletak diakhir ayat.4. Ayat seru dimulai oleh kata seru seperti Oh, Cis, Wah, Amboi dan sebagainya.Contohnya:i.                     Amboi, cantiknya baju kamu!ii.                   Aduh, sakitnya perut aku!Oh, dia sudah pergi ke sekolah !

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ragam Ayat - Ayat Aktif dan Ayat Pasif

PUNCA-PUNCA DAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH PENGANGGURAN