IMBUHAN KATA NAMA (BAHASA MELAYU)

Imbuhan kata nama (bahasa Melayu)

Kata nama menerima empat jenis imbuhanawalanakhiranapitan, dan sisipan. Imbuhan awalan ialah imbuhan yang berada di hadapan kata akar, contohnya pe(N), me(N), ter dan sebagainya. Imbuhan akhiran terletak di akhir kata akar dan imbuhan apitan mengapit kata akar. Imbuhan sisipan pula tersisip di tengah perkataan.

AwalanSunting

ke-Sunting

Awalan "ke-" boleh membentuk kata bilangan himpunan, kata bilangan tingkat dan kata nama. Huruf akar akan kekal biarpun setelah digabung dengan kata imbuhan ini. Bukan semua perkataan boleh digabungkan dengan awalan "ke-". Kebanyakannya memerlukan akhiran -an untuk membentuk perkataan yang tepat. Awalan "ke-" boleh membawa maksud berikut kepada kata dasar:

penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan kepada maksud kata dasar (kata nama): kekasihketuakemudi

pe(n)-Sunting

Imbuhan awalan "pe(n)-" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:

alatan/perkakas: pembakarpengasahpenukulpenapisorang yang membuat: penulispenciptapentadbirsesuatu yang menyebabkan jadi...: pengasihpemanispendinginorang yang selalu atau suka...: penidurpemalasperokokorang yang mempunyai sifat...:pemalupemurahpembengismilik sifat seseorang: pemudapembesarukuran bagi waktu atau tempat: pemelukpenanakpelaunghasil atau kesan daripada sesuatu: penyakitpendapat

Awalan "pe(n)-" berubah bentuk mengikut fonem pertama dalam kata dasar:

Bentuk imbuhanFonem pertama
kata dasarGugurkan?ContohHuraianpem-/b/Tidakbaris → pembaris/p/Yapanah → pemanahKecuali kata pinjaman dan sebilangan kecil kata jati
Cth: pempamerpen-/c/
/d/
/j/
/sy/Tidakcuri → pencuri
datang → pendatang
jahat → penjahat
syarah → pensyarah/t/Yatari → penariKecuali kata pinjaman dan sebilangan kecil kata jati
Cth: pentadbirpeng-(vokal)Tidakarah → pengarah/g/Tidakganti → pengganti/k/Yakarat → pengaratKecuali kata pinjaman dan sebilangan kecil kata jati
Cth: pengkajipeny-/s/Yasakit → penyakitKecuali sesetengah kata pinjaman dan sebilangan kecil kata jati
Cth: penstabilpe-/l/
/m/
/n/
/ng/
/ny/
/r/
/w/
/y/Tidaklambung → pelampung
makan → pemakan
nyanyi → penyanyi
rasa → perasa
wangi → pewangi
penge--Tidaksah → pengesahUntuk kata dasar satu suku kata sahaja.

Bagi perkataan yang bermula dengan huruf vokal, sebutan perkataan berubah misalnya pengambil (ambil) akan disebut sebagai pe-ngam-bil dan penguji (uji) disebut pe-ngu-ji. Berbeza dengan huruf yang bermula dengan konsonan (kecuali k, s, t dan p) bunyi perkataan asal akan dikekalkan seperti penggosok disebut peng-go-sok.

Imbuhan "pe(n)-" berpadan fungsinya dengan imbuhan "me(n)-" untuk kata kerja.

pe-Sunting

Imbuhan awalan "pe-" (tanpa pembolehubah (n) dalam "pe(n)-") menerbitkan kata nama memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya. Berbeza dengan imbuhan "pe(n)-", imbuhan "pe-" hanya boleh digunakan untuk manusia, iaitu seperti berikut:

pelaku tindakan dalam kata dasar: pesaing, pesertapenerima tindakan atau kesan dalam kata dasar: pesalah, pesakit

per-Sunting

Imbuhan awalan "per-" digunakan untuk mengimbuhkan kata dasar yang sering dijadikan kata kerja dengan berimbuhkan awalan "ber-".

juru-Sunting

Awalan "juru-" digunakan untuk mendukung penanda makna ahli atau orang yang terlibat secara langsung dengan maksud pekerjaan kata dasar dan boleh bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama, kata kerja, dan akar. Contoh-contohnya adalah seperti berikut:

juru- + kata nama: juruwangjurubahasajuru- + kata kerja: jurukirajurujualjuruselamjuruterbangjuru- + akar kata: juruterajurumudi

AkhiranSunting

-anSunting

Imbuhan akhiran "-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut.

benda, bahan yang dilakukan kata dasar: kirimanmakananhasil perbuatan kata dasar: tulisanbungkusantempat yang disifatkan kata dasar: ruanganbenda kata dasar yang besar atau luas: lautan

ApitanSunting

ke-…-anSunting

Imbuhan apitan "ke-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:

hasil perbuatan kata dasar: keberanian, kepercayaankeadaan yang disifatkan kata dasar: keindahankeselesaan

pe(n)-…-anSunting

Imbuhan apitan "pe(n)-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:

perbuatan: pemeriksaanpemilihanhasil perbuatan: pembangunanpelaburan

Imbuhan "pe(n)-…-an" berpadan fungsinya dengan imbuhan "me(n)-" untuk kata kerja.

per-…-anSunting

Imbuhan apitan "per-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:

perbuatan: pertandinganpergeserantempat: perbandaranperkuburan

Imbuhan "per-…-an" berpadan fungsinya dengan imbuhan "ber-" untuk kata kerja.

SisipanSunting

Sesetengah kata dasar boleh diubah atau diperkuat maknanya dengan dibubuh imbuhan sisipan "-el-", "-em-", "-er-" dan "-in-". Contoh: tapak → telapakkuning → kemuning

Comments

Popular posts from this blog

Ragam Ayat - Ayat Aktif dan Ayat Pasif

RAGAM AYAT DAN JENIS-JENIS AYAT

PUNCA-PUNCA DAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH PENGANGGURAN