BENTUK dan CONTOH AYAT

Bentuk Ayat

Bentuk ayat bahasa Melayu terbahagi kepada dua seperti berikut;

1. Ayat tunggal; ayat tunggal ialah ayat ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.
 
    Contoh ayat tunggal.
a. Ali tampan. 

Dalam ayat ini Ali ialah subjek manakala tampan ialah predikat.   

2. Bentuk yang kedua ialah ayat majmuk.

Ayat majmuk terbahagi kepada 3 iaitu;
2.1 Ayat majmuk gabungan
2.2 Ayat majmuk pancangan.
2.3 Ayat majmuk campuran.

2.1.1  Ayat majmuk gabungan ialah ayat terdiri daripada 2 ayat atau lebih kemudian digabungkan menjadi ayat  majmuk gabungan dengan menggunakan kata hubung gabungan. Contoh kata hubung gabungan ialah dan, atau, tetapi, serta, sambil, lalu, lagi, serta dan sebagainya.

2 1.2 Namun begitu, penggunaan kata hubung yang berbeza menghasilkan dua jenis gabungan iaitu;
a. Ayat majmuk gabungan yang susunan faktanya berurutan. Ayat majmuk gabungan jenis ini menggunakan kata hubung dan, lalu, lagi, serta, sambil, danmalahan.

Contohnya seperti berikut;
i. Dia mengambil buku itu lalu masuk ke bilik tidur. 

Ayat ini terdiri daripada dua ayat iaitu, ayat pertama  dia mengambil buku itu ayat kedua, dia masuk ke bilik tidur. 

b. Ayat majmuk gabungan yang susunan faktanya bertentangan. Ayat majmuk ini memberikan pertentangan fakta. Antara kata hubung yang digunakan ialah atau, tetapi, sebaliknya, melainkan, dan padahal.

 Contoh
i. Musim hujan dingin, sebaliknya musim kemarau panas.
ii. Kain yang dibelinya itu mahal, padahal ada yang lebih murah.

2.2 Ayat majmuk pancangan.
Ayat majmuk pancangan ialah terdiri daripada ayat yang terdiri daripada satu ayat induk atau utama dan satu atau beberapa ayat kecil yang dipancangkan dalam ayat induk. Ayat induk boleh berdiri sendiri tetapi ayat kecil tidak.

2.2.1 Ayat majmuk pancangan boleh dibahagikan kepada tiga iaitu;
2.2.1.1 Ayat majmuk Pancangan relatif
2.2.1.2 Ayat majmuk pancangan komplemen
2.2.1.3 Ayat majmuk pancangan keterangan.

2.2.1.1 Ayat Majmuk Pancangan relatif.
 Ayat majmuk pancangan relaatif ialah ayat majmuk yang menggunakan kata hubung pancangan yang menggunakan kaata hubung yang untuk memencangkan klausa kecil ke dalam klausa induk. 

Contohnya seperti berikut, 
Saya membaca buku yang ditulis oleh Othman Puteh.
Klausa induk: Saya membaca buku
Klausa kecil: Buku ditulis oleh Othman Puteh.

Saya membaca buku + buku ditulis oleh Othman Puteh.

Saya membaca buku yang ditulis oleh Othman Puteh.

Demikianlah bagaimana ayat majmuk pancangan relatif  dihasilkan. Pada masa akan datang saya akan bincangkan pula ayat majmuk pancangan komplemen dan ayat majmuk pancangan keterangan.

Comments

Popular posts from this blog

Ragam Ayat - Ayat Aktif dan Ayat Pasif

RAGAM AYAT DAN JENIS-JENIS AYAT

PUNCA-PUNCA DAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH PENGANGGURAN